Wajah Dariya Inara Didedahkan, Jep Dan Sari Bersyukur

2:07 AM

Dalam post terbaru di Instagram hari ini, Jep Sepahtu mendedahkan pertama kalinya wajah anak beliau bersama Sari Yanti.


Pasangan itu mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah anak mereka yang diberi nama Dariya Inara seminggu selepas bayi itu lahir.



Peminat ternyata teruja dengan berita gembira ini dan kebanyakkan mereka suka melihat wajah anak Jep Sepahtu & Sari Yanti yang dilihat tersenyum manis dalam salah satu gambar yang dikirimkan buat peminat.



Kami berharap dengan kehadiran bayi pertama hasil perkahwinan pasangan ini akan menyerikan lagi rumahtangga yang dibina — tidak sabar pula untuk lihat Dariya Inara membesar dengan comel kelak.


Powered by Blogger.